label

Rabu, 10 April 2024

(Syawal) Menu raya tahun ini

Assalamualaikum. Tahun ini tahun ketiga beraya tanpa arwah emak. Budaya masak lauk raya tetap diteruskan. Alhamdulillah, semalam saya berjaya masak lauk raya sebelum Maghrib. Inilah menu raya saya pada tahun ini.

Saya masak ayam masak merah.

Saya masak sambal goreng.

Saya masak sambal kacang. 

Lepas sahur semalam, saya rebus ketupat segera guna pressure cooker.

Rendang daging ni adik saya masak.

Bolehlah lauk macam ni. Selamat Hari Raya semua. Maaf zahir dan batin.

Jumaat, 5 April 2024

(Cerita) Kisah songkok pagi dan malam

Assalamualaikum. Semalam ada 2 kisah songkok saya.

Kisah pertama, songkok baru saya kebesaran sebab saiz kepala saya sedikit susut. Songkok tu terus ke turun ke dahi saya. Jadi di sekolah saya tak pakai songkok yang besar itu walaupun berbaju melayu.

Kisah kedua di Masjid BBU. Saya pakai songkok basahan saya untuk solat terawih. Ketika nak ambil wuduk, songkok saya terjatuh di longkang air wuduk. Jadi saya tak jadi pakai songkok ketika solat sebab tak selesa.

Boleh pula songkok saya tak beri kerjasama semalam.

Khamis, 28 Mac 2024

Isnin, 18 Mac 2024

(Ramadan) HAYAT = Hanya Aku Yang Tahu

Alhamdulillah.

Gambar masjid sebagai hiasan.

HAYAT = Hanya Aku (Manusia) Yang Tahu.

Rasa lega sangat.

Sabtu, 16 Mac 2024

(Ramadan) Menu buka puasa hari kelima

Menu buka puasa saya hari ini.

Saya buat jemput-jemput ikan bilis.

Saya goreng tempe.

Sambal kicap pun saya buat juga.

Sedapnya makan jemput-jemput dan tempe cicah sambal kicap. Alhamdulillah.

(Ramadan) Menu sahur hari kelima puasa

Hari ini sahur, saya masak ini...

Sos 3 rasa...

Nak makan ikan siakap goreng dengan sos 3 rasa.

Alhamdulillah. Selamat bersahur.